Saturday 9 June 2012

Memilih Boot yg Sesuai

Setiap pemain bola sepak perlu memilih boot
yg sesuai untuk posisi yg dimaenkan

Striker


Nike mercurial vi

Midfielder






Adidas adizero F50

Defender



Umbro SX Valor II

Keeper



Adidas Predator X


Adidas Fingersave Allaround


Adidas HeadProtector



Tips utk setiap posisi pemain bolasepak





Penyerang
Paling penting adalah keyakinan diri. Jangan takut pada pihak lawan. Cuba pergerakkan2 baru. Ulangi sekiranya tidak menjadi. Ulang berkali2 hingga menjadi. Bila dah menjadi, ulang lagi.


Tengah
Sentiasa bergerak utk berada dlm posisi yg mana rakan anda boleh menghantar bola kpd anda dgn selamat. Bergerak utk menerima hantaran, kemudian menghantarnya kepada rakan yg lain dgn mudah. Ingat! Sentiasa bergerak.



Pertahanan
Tumpukan perhatian kpd permainan. Sentiasa tahu dimana bola berada, kedudukan & pergerakan pemain lawan dan kedudukan anda sendiri relatif kpd gol anda pada setiap masa.


Penjaga Gol
Sentiasa fokus. Tumpukan perhatian kpd permaianan. Anda adalah mata kpd pasukan anda yg mengawasi permainan dari belakang. Sentiasa berhubung dgn rakan lain sepanjang perlawanan. Sekiranya anda melakukan demikian, maka anda tidak akan hilang konsentrasi.

Sekian..Syyyy, jangan sampai rahsia ini sampai ke negara jiran. Untuk anak malaysia sahaja.

Maut di padang



Pada bulan April lepas,kita semua dikejutkan dgn kejadian serangan jantung ketika perlawanan Spurs-Bolton di White Hart Lane. Fabrice Muamba 23, sepatutnya berada dlm tahap kesihatan terbaik dlm usia yg begitu muda tetapi sebaliknya pula yg berlaku.

Walaupun berita terkini menyatakan bahawa beliau semakin pulih, mungkin sekali beliau akan terpaksa meninggalkan sukan bolasepak atas sebab kesihatan.

Still OK. Mungkin boleh beralih bidang. Kalau dah famous ni macam2 boleh buat.

Ada juga peman yg menemui ajal mereka ketika bermain bolasepak. Berikut adalah senarainya.




1) Marc Vivien Foe (Jun 2003)
Beliau mati ketika perlawanan Confederations Cup Cameroon - Colombia di Lyon, France. Pada minit ke 72, Foe tiba2 shj rebah. Petugas2 paramedik telah cuba memulakan semula jantung belaiu selama 45 minit, namun tidak berjaya. Beliau ketika itu berumur 28 tahun.




2) Phill O' Donnell (Dis 2007)
Kapten kelab Scottish Premier League ini juga telah rebah akibat serangan jantung ketika menentang Dundee Utd dlm perlawanan liga. Motherwell sedang mendahului 5-3 ketika itu. Sebelum beliau dapat dikeluarkan utk digantikan oleh Marc Fitzpatrick, beliau telah terkena serangan jantung. Kematian beliau disahkan selepas perlawanan tersebut.




3) Antonio Puerta ( Ogos 2007)
Pemain sayap / pertahanan kiri ini mewakili hanya Sevila sepanjang kariernya. Serangan jantungnya sudah berlarutan selama 3 hari sebelum beliau menghembuskan nafasnya yg terakhir. Umur beliau ketika kematian adalah 23 tahun.




4) Daniel Jarque (Ogos 2009)
Beliau juga seorang kapten utk kelab La Liga, Espanyol.Terkena serangan jantung ketika sesi latihan pra-musim di Coverciano, Itali. Umurnya 26 tahun ketika kejadian.



5)Piermario Morosini(April 2012)
Serangan jantung di padang ketika menentang pescara.Berumur 25 tahun


"Semua yg hidup PASTI akan menghadapi maut"

"Orang yg pandai adalah dia yg sentiasa mengingati maut dan berusaha utk mendapatkan kejayaan selepasnya"








Friday 8 June 2012

Dosa dosa pemain bola sepak



adakah jutaaan penyokong MALaYSIA seperti kita terdetik di hati berkenaan dengan AURAT pemain tanah air kita??? Adakah kita sanggup melihat aurat-aurat mereka selama 90 minit dan sanggupkah kita melihat mereka menanggung dosa menayangkan aurat mereka buat 'santapan' ratusan juta penonton termasuk penonton negara lain demi beraksi untuk negara tercinta serta memenuhi hajat-hajat seluruh rakyat negara kita yang mahukan kemenangan atau tak setidak2nya kalah bermaruah??


Kata ustaz Azhar Idrus(original)

'siapa yg bekerja dlm keadaan mendedahkan aurat dia mendapat DOSA dan gajinya
halal jika kerjanya bukan maksiat..''

  Sebelum tu, tak salah kalau kita bermain bola sepak kerana bersukan adalah salah satu aktiviti kegemaran Rasulullah S.A.W. antaranya memanah dan menunggang kuda. Asalkan kita ikut sunnah baginda yang paling penting dalam bersukan iaitu menutup aurat...

Inilah satu satunya pemain bola sepak malaysia
yg menutup aurat...


Sekian..Syyyy, jangan sampai rahsia ini sampai ke negara jiran. Untuk anak malaysia sahaja.






Sifat Semulajadi pemain bola sepak

 Tahukah anda sifat semulajadi yang sering dilakukan oleh pemain2
 bola sepak di dalam mahu pun di luar negara?
Kalau mana yang nak tahu tu jom kita baca seterusnya.

1)Meludah di atas padang yang cantik

2)Mengangkat tangan di kawasan penalti

3)Penjaga gol memarahi kawan sepasukannya selepas dibolosi

4)Apabila tersadung atau di tekel, mangsa akan bergolengan dari hujung padang ke hujung padang sebelah lagi untuk mendapatkan simpati pengadil.

5)Hempap kawan yang menjaringkan gol mcm org gila

6)Buat muka x bersalah lepas tekel org

Sekian..Syyyy, jangan sampai rahsia ini sampai ke negara jiran. Untuk anak malaysia sahaja.

Perkara asas untuk pemain pertahanan


6 perkara asas utk pemain pertahanan
Artikel ini telah dialih bahasa dari fourfourtwo.com . Ia ditulis oleh Lagenda Itali & AC Milan Franco Baressi.


6 perkara asas buat pemain pertahanan


1)  Bersabar


Seorang pemain pertahanan mesti ada keberanian. Dia perlu bersedia menerjahkan dirinya utk membuat tackle dan berebut dgn pemain yg lebih besar tubuh dari dirinya. Anda boleh memperbaiki kecekapan membentes dgn berlatih secara satu lawan satu dgn rakan anda. Sebagai pemain pertahanan anda semestinya agresif and berkesungguhan, tetapi lakukan semua ini tanpa melakukan foul. Sekiranya pemain lawan mempunyai bola, dia akan cuba membawa bola jauh dari anda. Semasa dia melakukan gerakannya, itulah waktunya anda patut bertindak. Tunggu dan bertindak pada masa yg tepat.



2) Marking (ikut pergerakan pemain lawan)

Man to man Marking semakin pupus kerana ramai pasukan lebih gemar menggunakan zonal marking (marking mengikut kawasan dan bukan ikut orang). Walaupun prinsip zonal-marking membenarkan anda tidak perlu mengikut pemain lawan apabila dia bergerak, (dlm zonal marking, anda hanya memerhatikan pemaian2 lawan dlm kawasan atau zon anda sahaja) anda masih kena melakukan man-marking sekiranya bola dihantar kepada pemain yg berada dlm zon anda. Jadi anda masih perlu tahu cara2 menyempitkan ruang dan menghampiri pemain lawan secepat mungkin. Pergerakkan anda sangat penting terutamanya jika bertahan menentang pemain lawan yg lebih tinggi. Anda perlu bergerak lebih cepat darinya utk menghalang hantaran lintang (cross) dari sampai kepadanya.


3) Bertindak sebagai satu pasukan

Kepantasan pergerakan anda bergantung kpd cara anda bergerak kadangkala ke hadapan, mungkin ke tepi atau ke belakang. Utk mendapatkan kelebihan ketika dlm situasi satu-lawan-satu anda perlu boleh menukar arah dengan cepat, bukan shj sebagai individu tetapi seluruh pasukan perlu boleh berubah arah dengan pantas. Di AC Milan, kami mencapai satu tahap di mana seluruh pasukan berupaya bergerak dlm sesuatu arah serentak. Sewaktu latihan kami akan berlatih satu-lawan-satu, kemudian dua-lawan-dua, empat-lawan-enam dan empat-lawan-lapan (empat = pertahanan, lapan=penyerang). Latihan sebegini mengajar kami cara utk mengekang permainan lawan yg akhirnya memaksa mereka melakukan hantaran2 jauh.


4) Bersedia utk yg terburuk

Tumpuan & keyakinan diri merupakan dua perkara asas yg diperlukan sebagai pemain pertahanan. Permainan akan mejadi lebih mudah bagi anda sekiranya anda sentiasa mengawasi pergerakan pemain2 disekitar anda termasuk yg tidak mempunyai bola. Melalui latihan yg betul anda akan mudah utk membuat keputusan yg tepat samada utk bertindak dgn agresif merampas bola atau menunggu dgn tenang saat yg sesuai utk bertindak. Latihan adalah kunci kpd kejayaan semasa permainan. Semasa latihan, situasi2 dlm permainan perlu diulang-ulang utk memberikan anda keyakinan diri dan kecekapan bagi mengatasi pemain lawan dlm situasi yg serupa semasa permainan dilansungkan. Oleh itu biasakan berlatih dgn situasi terburuk yg mungkin dihadapi oleh seorang pemain pertahanan.


5) Menyerang dari belakang

Pemain pertahanan bukan shj perlu cekap melakukan asakan & bentesan atau melakukan tendangan kuat utk melambungkan bola jauh ke arah gol lawan, malah pemain2 pertahanan masakini perlu berupaya menyimpan bola dan melakukan hantaran2 tepat kerana mereka mesti juga boleh melakukan serangan. Yg bermula dari belakang. Anda perlu berupaya membawa bola ke hadapan dan melakukan hantaran pendek kpd pemain2 tengah atau hantaran panjang terus kpd penyerang2. Pemain2 dlm satu pasukan yg tersusun dgn baik tidak akan berada > 15meter dari rakan2 lain. Sekiranya bola terlepas kpd pihak lawan, maka kamu sepatutnya naik dan merapatkan ruang secepat mungkin. Cuba lihat bagaimana Barcelona bermain, bila shj mereka kehilangan bola, seluruh pasukan akan naik dan memberikan tekanan terhadap pasukan lawan dgn mengecilkan ruang utk bergerak. Jgn berundur bila kehilangan bola, kerana tindakan ini akan menjemput tekanan dari pihak lawan. 

6) Bersedia sebelum permainan

Mengekalkan kesihatan dan kecergasan tubuh adalah sangat penting bagi seorang atlit. Penjagaan makanan, tidak merokok, rehat yg cukup adalah sgt perlu jika anda mahu berjaya sebagai pemain bolasepak pro. Apa yg anda lakukan di luar padang sama shj pentingnya dgn apa yg anda lakukan di dalam padang. Setiap kali saya melakukan latihan dan persediaan yg cukup saya berasa begitu yakin apabila saya bermain. Saya tidak gentar. Sekiarnya seluruh pasukan benar2 hidup dgn prinsip ini, kekuatan pasukan anda akan bertambah dan prestasi permainan anda pasti meningkat.




Baresi mengasak pihak lawan


Lagenda Italy&AC Milan

Sekian..Syyyy, jangan sampai rahsia ini sampai ke negara jiran. Untuk anak malaysia sahaja.