Friday 8 June 2012

Perkara asas untuk pemain pertahanan


6 perkara asas utk pemain pertahanan
Artikel ini telah dialih bahasa dari fourfourtwo.com . Ia ditulis oleh Lagenda Itali & AC Milan Franco Baressi.


6 perkara asas buat pemain pertahanan


1)  Bersabar


Seorang pemain pertahanan mesti ada keberanian. Dia perlu bersedia menerjahkan dirinya utk membuat tackle dan berebut dgn pemain yg lebih besar tubuh dari dirinya. Anda boleh memperbaiki kecekapan membentes dgn berlatih secara satu lawan satu dgn rakan anda. Sebagai pemain pertahanan anda semestinya agresif and berkesungguhan, tetapi lakukan semua ini tanpa melakukan foul. Sekiranya pemain lawan mempunyai bola, dia akan cuba membawa bola jauh dari anda. Semasa dia melakukan gerakannya, itulah waktunya anda patut bertindak. Tunggu dan bertindak pada masa yg tepat.



2) Marking (ikut pergerakan pemain lawan)

Man to man Marking semakin pupus kerana ramai pasukan lebih gemar menggunakan zonal marking (marking mengikut kawasan dan bukan ikut orang). Walaupun prinsip zonal-marking membenarkan anda tidak perlu mengikut pemain lawan apabila dia bergerak, (dlm zonal marking, anda hanya memerhatikan pemaian2 lawan dlm kawasan atau zon anda sahaja) anda masih kena melakukan man-marking sekiranya bola dihantar kepada pemain yg berada dlm zon anda. Jadi anda masih perlu tahu cara2 menyempitkan ruang dan menghampiri pemain lawan secepat mungkin. Pergerakkan anda sangat penting terutamanya jika bertahan menentang pemain lawan yg lebih tinggi. Anda perlu bergerak lebih cepat darinya utk menghalang hantaran lintang (cross) dari sampai kepadanya.


3) Bertindak sebagai satu pasukan

Kepantasan pergerakan anda bergantung kpd cara anda bergerak kadangkala ke hadapan, mungkin ke tepi atau ke belakang. Utk mendapatkan kelebihan ketika dlm situasi satu-lawan-satu anda perlu boleh menukar arah dengan cepat, bukan shj sebagai individu tetapi seluruh pasukan perlu boleh berubah arah dengan pantas. Di AC Milan, kami mencapai satu tahap di mana seluruh pasukan berupaya bergerak dlm sesuatu arah serentak. Sewaktu latihan kami akan berlatih satu-lawan-satu, kemudian dua-lawan-dua, empat-lawan-enam dan empat-lawan-lapan (empat = pertahanan, lapan=penyerang). Latihan sebegini mengajar kami cara utk mengekang permainan lawan yg akhirnya memaksa mereka melakukan hantaran2 jauh.


4) Bersedia utk yg terburuk

Tumpuan & keyakinan diri merupakan dua perkara asas yg diperlukan sebagai pemain pertahanan. Permainan akan mejadi lebih mudah bagi anda sekiranya anda sentiasa mengawasi pergerakan pemain2 disekitar anda termasuk yg tidak mempunyai bola. Melalui latihan yg betul anda akan mudah utk membuat keputusan yg tepat samada utk bertindak dgn agresif merampas bola atau menunggu dgn tenang saat yg sesuai utk bertindak. Latihan adalah kunci kpd kejayaan semasa permainan. Semasa latihan, situasi2 dlm permainan perlu diulang-ulang utk memberikan anda keyakinan diri dan kecekapan bagi mengatasi pemain lawan dlm situasi yg serupa semasa permainan dilansungkan. Oleh itu biasakan berlatih dgn situasi terburuk yg mungkin dihadapi oleh seorang pemain pertahanan.


5) Menyerang dari belakang

Pemain pertahanan bukan shj perlu cekap melakukan asakan & bentesan atau melakukan tendangan kuat utk melambungkan bola jauh ke arah gol lawan, malah pemain2 pertahanan masakini perlu berupaya menyimpan bola dan melakukan hantaran2 tepat kerana mereka mesti juga boleh melakukan serangan. Yg bermula dari belakang. Anda perlu berupaya membawa bola ke hadapan dan melakukan hantaran pendek kpd pemain2 tengah atau hantaran panjang terus kpd penyerang2. Pemain2 dlm satu pasukan yg tersusun dgn baik tidak akan berada > 15meter dari rakan2 lain. Sekiranya bola terlepas kpd pihak lawan, maka kamu sepatutnya naik dan merapatkan ruang secepat mungkin. Cuba lihat bagaimana Barcelona bermain, bila shj mereka kehilangan bola, seluruh pasukan akan naik dan memberikan tekanan terhadap pasukan lawan dgn mengecilkan ruang utk bergerak. Jgn berundur bila kehilangan bola, kerana tindakan ini akan menjemput tekanan dari pihak lawan. 

6) Bersedia sebelum permainan

Mengekalkan kesihatan dan kecergasan tubuh adalah sangat penting bagi seorang atlit. Penjagaan makanan, tidak merokok, rehat yg cukup adalah sgt perlu jika anda mahu berjaya sebagai pemain bolasepak pro. Apa yg anda lakukan di luar padang sama shj pentingnya dgn apa yg anda lakukan di dalam padang. Setiap kali saya melakukan latihan dan persediaan yg cukup saya berasa begitu yakin apabila saya bermain. Saya tidak gentar. Sekiarnya seluruh pasukan benar2 hidup dgn prinsip ini, kekuatan pasukan anda akan bertambah dan prestasi permainan anda pasti meningkat.




Baresi mengasak pihak lawan


Lagenda Italy&AC Milan

Sekian..Syyyy, jangan sampai rahsia ini sampai ke negara jiran. Untuk anak malaysia sahaja.





No comments:

Post a Comment